Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Beliau berkata JAIS sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.
Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan JAIS dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan untuk tidak menerima sebarang permohonan sijil halal dari mana-mana pihak berkuat kuasa serta merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan adalah diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.
Beliau berkata tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang telah diterima sebelum ini.
"Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui JAIS dan Jakim," katanya.
Mohammed Khusrin berkata mereka yang masih engkar dengan arahan JAIS boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal dari JAIS dan Jakim ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim.
Komen :
Saya menyokong sepenuhnya tindakan JAIS mengarahkan semua syarikat swasta supaya tidak mengeluarkan sijil halal atau logo halal dinegeri Selangor.Sudah sampai masanya semua negeri perlu menyelaras hanya 1 logo halal sahaja yang perlu digunakan oleh setiap premis, dengan ini dapat mengelakkan kekeliruan pengguna dan bagi memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan.
Kalau kita perhatikan kebanyakan medan selera di Kuala Lumpur ( Medan selera KLCC, Mid Valley ) dan di Medan Selera RASA Alamanda, kebanyakannya menggunakan logo halal dari syarikat swasta.Sedangkan medan selera tersebut setiap hari di kunjungi oleh ribuan pelanggan.Saya berharap pihak pengurusan medan selera terbabit perlu menukar kepada logo halal Malaysia, kerana Standard Halal Malaysia adalah yang terbaik di dunia.
Salam, saya ada pertanyaan. Bagaimana pula jika produk berkenaan tidak di process di Malaysia...bagaimana caranya hendak mendapatkan sijil halal. Adakah sijil halal yang dikeluarkan di negara pengeluar di terima
ReplyDeleteSalam,sekiranya product tersebut di proses di luarnegara pihak pengurusan kilang bolih dapat kan pengesahan sijil halal dari badan islam yang jakim iktiraf http://www.halal.gov.my/montaj/badanislamterkini.pdf
ReplyDeleteatau kilang terbabit bolih memohon permohonan halal dari jakim ( permohonan antarabangsa)