Thursday, 25 September 2008
Kenyataan Akbar : Melamine
KENYATAAN AKHBAR SIRI KE EMPAT
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN DENGAN PRODUK DARI
NEGARA CHINA YANG DICEMARI DENGAN MELAMINE
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kepada
pengguna berkaitan soalan yang kerap ditanya (Frequently Asked
Questions - FAQ) berhubung dengan isu pencemaran melamine
dalam susu dan hasilan susu dari China sebagai maklumat tambahan
seperti di Lampiran 1.
Status terkini tindakan KKM dalam menangani isu pencemaran
melamine dalam hasilan susu
KKM akan mengeluarkan senarai produk makanan yang tidak terlibat
dengan pencemaran melamine seperti di Lampiran 2. Senarai ini
akan dikemaskini dari masa ke semasa.
KKM ingin memaklumkan pengimport ataupun agen yang
mengimport susu dan hasilan susu dari China untuk menghentikan
pengimportan dengan serta merta. Sekiranya produk makanan
tersebut masih berada dalam simpanan, pengimport / agen
dinasihatkan supaya tidak menjual dan melaporkan kepada Pejabat
Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran
untuk tindakan selanjutnya.
KKM juga menasihatkan penjual untuk menyemak inventori produk
jualan bagi mengenalpasti produk makanan yang mempunyai susu
sebagai salah satu ramuan yang diimport dari China supaya segera
mengeluarkan produk makanan tersebut dari premis masing-masing.
Penjual juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau
Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran untuk tindakan
selanjutnya.
KKM ingin menasihatkan pengguna untuk tidak menerima sebarang
susu dan hasilan susu dari negara China yang diberikan secara
percuma sempena musim perayaan ini. Sekiranya pengguna masih
ragu-ragu mengenai status keselamatan makanan di pasaran, sila
hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian
03-88833655 / 03-88833503 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
23 September 2008
No comments:
Post a Comment
sila komen secara berhemah