Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
Monday, 27 January 2014
Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
Labels:
haram
Friday, 24 January 2014
Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.
Tuan/puan
JAKIM
mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience
merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.
Hasil siasatan
JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara
salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan
2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan
denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.
Sehubungan itu,
kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hub
Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR, klik di sini.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.
Sekian, terima kasih
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience
Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience
Tuan/puan
Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.
Melalui semakan
status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak
mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat
juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan
sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat
carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan
nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar
sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.
Labels:
Logo Halal Palsu
Thursday, 2 August 2012
Wednesday, 18 July 2012
Thursday, 28 June 2012
No wonder so many people like it! Coke and Pepsi contain ALCOHOL,
Coca-Cola and Pepsi contain minute traces of alcohol, scientific research published in France has revealed.
The revelation will cause concern among those who chose the carbonated soft drink for religious, health or safety reasons.
According to tests carried out by the Paris-based National Institute of Consumption (INC) more than half of leading colas contain the traces of alcohol.

Friday, 16 March 2012
JAKIM kuatkuasakan Penjara dan Denda
Mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dan penjara.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
"Kami akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah pendidikan untuk pastikan setiap premis perniagaan mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerlan logo halal sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf.
"Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011," katanya.
Hakimah berkata sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima.
- Bernama

Tuesday, 21 February 2012
The Halal frontier
Fischer's short study provides a fascinating window into numerous topics of extreme importance to anthropologists, while offering greater insight into the moral and practical concepts and concerns of Muslims in the West and even in Muslim-majority societies--concepts and concerns shared, always in locally-specific forms--by members of all religions in all parts of the modern world."--Anthropology Review Database
Labels:
buku
Wednesday, 15 February 2012
Program Raikan Cinta
Program Raikan Cinta anjuran JAKIM melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Raudatus Sakinah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mendapat sambutan luar biasa kerana seawal jam 5 petang orang ramai khususnya remaja telah datang untuk menyaksikan program ini. Dianggarkan melebihi 1500 orang telah datang dan memenuhi Dewan Muktamar Pusat Islam untuk menyaksikan Program Raikan Cinta. Program ini telah berlangsung pada 11 Februari 2012, dan bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Program Raikan Cinta ini adalah sempena Kempen AWAS! Jerat Valentine’s Day 2012 dan perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato’ Othman Bin Mustapha. Pada pelancaran Kempen tersebut , Ketua Pengarah JAKIM telah menyerahkan kit kempen Awas! Jerat Valentine’s Day kepada perwakilan beberapa institusi, NGO yang melibatkan remaja dan belia untuk disebarkan.
Objektif program ini adalah untuk menjelaskan konsep cinta yang sebenar menurut Syarak dan berlandaskan Islam dan di samping itu juga untuk menghebahkan Fatwa Pengharaman Sambutan Hari Valentine’s Day yang disambut pada setiap 14 Februari dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W
Antara aktiviti dalam Program Raikan Cinta adalah slot Sembang-sembang Cinta yang diadakan secara santai dan telah menarik minat para penonton dengan celoteh moderator Wardina Saffiyah dan juga ahli-ahli panel terdiri dari finalis Imam Muda Astro dan juga Juara Solehah Tv alHijrah Aimie Sofia.
Program Raikan Cinta ini diserikan juga dengan persembahan dari artis-artis ternama seperti Nash, Aishah, Demascus dan juga Aiman. Setiap lagu yang dinyanyikan mempunyai mesej-mesej kesedaran dan nasihat yang berguna kepada semua.
Dengan adanya program seumpama ini, diharapkan agar remaja mempunyai kesedaran dan jati diri yang baik serta mampu membuat keputusan yang tepat mengikut syariat.

Labels:
JAKIM,
Valentine's day
Thursday, 9 February 2012
28% sahaja produk guna logo halal
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Waspada dengan produk yang diiklankan di kaca televisyen.
Pengguna beragama Islam di negara ini perlu sedar bahawa bukan semua barangan makanan, minuman dan kegunaan yang sering diiklankan di kaca televisyen adalah halal.
Ini kerana kebanyakan produk yang diiklankan tersebut didapati tidak mempamerkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pengguna tentang status barangan terbabit.
Hakikatnya, rata-rata persatuan pengguna dan ahli akademik sepakat menyifatkan pengguna di negara ini belum cukup bijak untuk menggunakan hak mereka sebagai pembeli.
Malah, kebarangkalian pengguna Islam untuk menyemak sendiri status halal produk yang diiklankan adalah rendah.
Hasil pemerhatian wartawan Unit Khas, Utusan Malaysia selama empat hari meliputi TV1, TV2, TV3 dan TV9 mendapati, sebanyak 82 produk iklan disiarkan meliputi makanan, minuman dan produk kegunaan harian.
Melalui empat saluran televisyen yang ditonton tersebut, hanya 23 produk atau 28 peratus mempamerkan logo halal Jakim dengan jelas.

logo halal
Ramly Food Processing di Fitnah lagi
Ramly Food Processing Sendirian Berhad menafikan produk frankfurter lembunya mengandungi DNA babi.
Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mokni berkata laporan yang dikeluarkan tiga makmal menunjukkan hasil analisis negatif terhadap dakwaan berkenaan.
Sehubungan itu tiga laporan polis dibuat agar siasatan terhadap mereka yang menyebar fitnah melalui internet, dilakukan.
Buletin Utama menerima e-mel daripada penonton yang mendakwa hasil persampelan rambang jabatan kesihatan di Yan, Kedah mengesan DNA babi pada frankfurter lembu berjenama Ramly.
Berikutan itu hasil persampelan Jabatan Kesihatan berkenaan disebar melalui inetrnet.

Ramly Food
Wednesday, 8 February 2012
Program Raikan Cinta 2012 sempena kempen Anti valentine's day
Assalamulaikum, jom datang beramai-ramai ke Program Raikan Cinta 2012, bertempat Dewan Muktamar Pusat Islam, JAWI Kuala Lumpur pada 11 februari/ Sabtu 2012, 8.30-11.30 malam.
Pelbagai Program menarik menanti anda..Sembang2 Cinta...persembahan dari kumpulan Demascus, Aiman, Aishah..
Pengagihan Kit Kempen Anti Valentine's Day !! Jom kita sertai
Labels:
Valentine's day
Friday, 3 February 2012
Logo Halal :ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI PADA LOGO HALAL MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI
PADA LOGO HALAL MALAYSIA
Merujuk kepada kenyataan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1
Februari 2012 berhubung isu mengenai kesilapan ejaan Malaysia pada
tulisan jawi pada logo halal Malaysia.
JAKIM ingin menjelaskan kekeliruan tersebut dan ingin
memaklumkan bahawa penggunaan perkataan ﻣﺎﻟﯾزﯾﺎ pada logo halal bukan
merupakan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia tetapi adalah nama
Malaysia dalam bahasa Arab. JAKIM telah mendaftarkan logo halal
sebagai Certification Mark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di
bawah Akta Cap Dagangan 1976. Logo halal Malaysia ini telah lama
digunakan dan didaftarkan pada tahun 2001 berdasarkan ciri-ciri berikut:
Labels:
logo halal
Dibawah Akta Cap Dagang 1976 : Logo Halal Malaysia
Pada 15 Januari, 2004 logo halal Malaysia telah didaftarkan certification mark di bawah Akta Cap Dagangan 1976. JAKIM telah diberi hak milik logo halal Malaysia dan sijil halal JAKIM kini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang direka oleh SIRIM. Dari segi perundangan dan prosedur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut meminda peruntukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1975 bagi mengelakkan penyalahgunaan perkataan halal oleh pengeluar produk-produk dan pengusaha premis.JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga telah menyeragamkan logo, prosedur, persijilan, borang permohonan, caj persijilan dan melanjutkan tempoh sah sijil halal JAKIM Jabatan Agama Islam negeri dari setahun ke dua tahun.
Bagi memantapkan lagi program pembangunan industri halal negara, Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN lain dalam meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan produk halal Malaysia. Antara inisiatif diadakan termasuk penubuhan kumpulan kerja mengenai makanan halal yang mana Malaysia berperanan sebagai urus setia. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan untuk oleh kumpulan kerja ini ialah mewujudkan sistem akreditasi bagai pengeluar-pengeluar makanan halal Asian, pendaftaran senarai pengawet halal, pembangunan sumber manusia dan pertukaran maklumat.
Labels:
logo halal
Bukan Silap Ejaan
Ejaan 'Malaysia' pada tulisan jawi di logo halalMalaysia yang dilaporkan tidak betul satu kekeliruan dan tidak ada sebarang kesilapan ejaan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya nama Malaysia dalam bahasa Arab.
"Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halalMalaysia menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi seperti yang dinyatakan," kata Jakim dalam satu kenyataan semalam.
Jakim mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu semalam bertajuk 'Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halalJakim'.

Tuesday, 31 January 2012
358 mohon halal
abatan Agama Johor (JAJ) menerima 358 permohonan sijil halal daripada pengusaha restoran, premis makanan dan pengilang barangan berkaitan makanan, ubatan serta kecantikan untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka sepanjang 2011.
Labels:
logo halal
Bukan untuk kedai makan
Sebuah syarikat pengeluar sijil halal tidak sah menghantar surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kerana didakwa tidak menepati janji ketika melakukan operasi.
Surat sama turut dihantar ke pejabat Majlis Agama Islam setiap negeri dengan mendakwa Jakim sengaja mengambil tindakan keras kepada pemilik syarikat atau peniaga yang masih menggunakan sijil halal tidak sah itu tanpa memberi peluang sewajarnya.

Tender Makmal Kajian Halal
BUTTERWORTH: Kerajaan akan mengeluarkan tender pembinaan makmal kajian halal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Katanya, makmal itu amat penting kerana mengkhususkan kepada kajian berkaitan halal, kerana ketika ini kerajaan menggunakan makmal halal, di Petaling Jaya.
Fasa pertama makmal itu dijangka menelan kos sebanyak RM27 juta.

Makmal Halal
Subscribe to:
Posts (Atom)