Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, 12 October 2011

Mercu tanda Kuantan

Tetamu hotel juga pasti teruja menikmati hidangan restoran 'The Dining Room' yang menampilkan konsep dapur terbuka serta mampu memuatkan 300 pelanggan pada satu-satu masa.


Dengan menyajikan 300 jenis masakan secara bufet sarapan pagi dan lebih 50 menu makanan secara ala-carte yang dibuka setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 11 malam ia pasti menjadi lokasi menjamu selera yang kekal terpahat dalam ingatan tetamu hotel.

Lebih istimewa, restoran ini mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jun lalu.

Saturday, 21 August 2010

JAKIM: 15 Buffet Ramadhan di WP diragui Halal

Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.

Thursday, 19 August 2010

CAP: Senaraikan hotel yang HALAL di internet

Kerajaan disaran memperkenalkan satu mekanisme komprehensif bagi menangani masalah hotel tanpa sijil halal, termasuk mewajibkan hotel dan restoren tertentu didaftarkan dengan jabatan agama negeri-negeri.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris (kanan) berkata, maklumat premis yang menyediakan makanan halal juga harus disiarkan dalam laman web jabatan itu untuk pemeriksaan dan pengesahan oleh umat Islam.

JAIS: 5 lagi hotel dapat Perakuan Halal

SHAH ALAM, 19 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari
ini mengeluarkan lima lagi Sijil Halal kepada hotel di Selangor sebagai panduan
buat umat Islam khususnya untuk berbuka puasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jais Nurhamizah Othman berkata lima hotel itu ialah
Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday
Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang.
Beliau berkata sehingga hari ini 22 hotel di Selangor sudah mendapat sijil
halal JAIS.

Wednesday, 18 August 2010

JAKIM: 70% BUFFET RAMADHAN CAMPUR ARAK

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.
Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Friday, 13 August 2010

Hotels: Malaysia certifies 22 Kuala Lumpur as Halal


 
Late last year, some MPs made a complaint in Parliament that insufficient hotels in the capital were certified halal. One made a demand that all hotels should be so certified.
Now 22 hotel owners have met the standards required by JAKIM. In addition to the hotels, 51 restaurants have been certified.
The list is up to date as at 9 August and the timing of the list is, JAKIM says, to enable foreign missions to select halal venues when hosting events during Ramadan where early evening events break the daily fast for Muslims.

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan & Sijil Halal Hotel

Pegawai Audit Jakim membuat penilaian terhadap pekerja dapur hotel yang menyediakan bahan mentah. Foto The Star oleh RAYMOND OOI
 
BANYAK pihak menyifatkan permohonan pensijilan halal sesuatu yang merumitkan menyebabkan pemain industri di negara ini tidak mengambil peduli tentang kepentingan itu.
Maka tidak hairanlah setakat ini hanya 80 dapur hotel mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) daripada lebih 2,000 hotel di negara ini.

Sunday, 25 July 2010

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPUR

Dimaklumkan Panel Pengesahan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 30 Jun 2010 telah mengambil keputusan MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang telah diberikan kepada Hotel Grand Season, Kuala Lumpur kerana telah melanggar piawaian "MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA" berkuatkuasa serta merta.

Ramadhan : Sijil Halal Segera Hotel


SAJIAN berbuka dari dapur halal dapat memberi keyakinan kepada pelanggan beragama Islam.


PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempercepatkan proses permohonan sijil halal di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.
Langkah itu diambil selepas rekod Jakim sehingga semalam mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.
Daripada 32 hotel itu pula, lapan daripadanya bertaraf lima bintang manakala sembilan bertaraf empat bintang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha hotel di negara ini memohon sijil halal sama ada menerusi Jakim atau jabatan agama Islam negeri.
"Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sehubungan itu, Wan Mohamad berkata, Jakim bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Persatuan Hotel Malaysia kini giat menganjurkan kursus kesedaran kepada para pengusaha hotel.
"Melalui kerjasama ini pengusaha hotel diharap akan memandang serius mengenai sijil halal itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar memberi jaminan akan memproses semua permohonan sijil halal dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Monday, 26 April 2010

Only 16 Pahang hotels have halal certs for restaurants

KUANTAN: Only 16 out of the 428 hotels in Pahang have obtained the halal certification for their restaurants.