Showing posts with label Sembelihan Halal. Show all posts
Showing posts with label Sembelihan Halal. Show all posts

Saturday, 6 February 2010

Fahami Konsep Halal

PERKATAAN 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.
PERKATAAN 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.

Islam dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu".

Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam.

Monday, 25 January 2010

Bacaan Tasmiyyah Bagi Sembelihan Yang Banyak

Dr. Sulaiman al-Asyqar didalam kertas kerjanya bertajuk al-Zabaih Fi Ma Al-Tharqu al Syarr'iyyah Fi al-Najazi al-Zakati berpendapat bahawa mencukupi bacaan tasmiyyah skali pada permulaan sembelihan.Beliau juga membawa fatwa dari kerajaan Kuwait yang beliau merupakan salah seorang anggota Majlis fatwa Berkenaan:

Friday, 11 December 2009

Proses Penyembelihan Halal

Penyembelihan haiwan hendaklah dilakukan dengan mengambilkira kebajikan haiwan berdasarkan hukum Syarak.Syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi :

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya oleh seorang Islam yang waras, baligh dan mengamalkan ajaran Islam, mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat asas berkaitan penyembelihan haiwan dalam Islam



b) Penyembelih hendaklah mempunyai penyembelihan halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bertauliah.