Monday 27 January 2014

Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
 

Friday 24 January 2014

Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Tuan/puan

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hub Halal, Cik Nadia Zammil  Md Nasir sebelum ini adalah BENAR, klik di sini.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih

Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan 

Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.