ArKay Beverages, the world's first alcohol-free, whisky-flavored drink is made with only certified Halal ingredients! Since its introduction to the world two weeks ago, the media has been buzzing over the concept of a non-alcoholic, whisky-flavored drink that tastes just like the "real thing" and with 0% alcohol can be enjoyed by those who would otherwise not be able to drink.
Tuesday, 15 November 2011
Monday, 14 November 2011
Punca IKS Tidak dapat dipasar di luar negara
INDUSTRI halal berpotensi besar untuk diteroka perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di peringkat domestik atau global kerana nilai pasaran halal global kini mencecah RM6.5 trilion setahun dan memberi kesan positif kepada ekonomi negara jika diambil kesempatan sebaik mungkin.
Shapers Malaysia Sdn Bhd, sekretariat tetap dan pengasas Pameran HalalAntarabangsa Malaysia (Mihas) baru-baru ini menganjurkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest) bagi membantu usahawan tempatan memperkembangkan produk halalkeluaran mereka. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shukri Abdullah (gambar) mengenai potensi sektor halalkepada PKS tempatan.
SELAIN mengadakan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau Halfest, apakah projek terbaru bakal dilaksanakan?
Shapers Malaysia Sdn Bhd, sekretariat tetap dan pengasas Pameran HalalAntarabangsa Malaysia (Mihas) baru-baru ini menganjurkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest) bagi membantu usahawan tempatan memperkembangkan produk halalkeluaran mereka. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shukri Abdullah (gambar) mengenai potensi sektor halalkepada PKS tempatan.
SELAIN mengadakan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau Halfest, apakah projek terbaru bakal dilaksanakan?
Taylor's University Pertama Tawar Kursus Halal
TAYLOR'S University melalui Fakulti Biosains menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di negara ini menyediakan mata pelajaran elektif Halal melalui program kursus Sains Makanan dan Pemakanan.
Bak Kut Teh Halal diragui
PETALING JAYA: Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran 'bak kut teh', yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu.
JAKIM TAK MONOPOLI SIJIL HALAL
YAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan 14 Majlis Agama Islam Negeri (Main) di seluruh negeri dilantik sebagai badan pensijilan halal yang berperanan mengeluarkan sijil halal dengan logo seragam di seluruh negara berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perkara itu sekali gus menolak dakwaan mengatakan hanya Jakim saja yang dilantik sebagai badan pensijilan halal tunggal negara bermula tahun depan, selain menyifatkan ia sebagai salah faham pihak industri.
Beliau berkata, perkara itu selaras dengan Pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang digantikan dengan Akta Perihal Dagangan 2011 sekali gus memberi kuasa kepada Jakim dan Main untuk menjadi badan sah mengeluarkan sijil halal berkuat kuasa tahun depan.
"Sebanyak 15 badan termasuk Jakim yang dilantik kerajaan mengeluarkan sijil halaldengan logo seragam bermula tahun depan. Ia selaras usaha kerajaan memperkemas dan memantau pengeluaran sijil halal kepada pihak industri termasuk pengusaha kedai makan.
"Ketetapan itu dibuat selepas kita menilai pengalaman lalu apabila ketika pengeluaran sijil halal diberikan kepada tujuh syarikat swasta, kita lihat ia tersasar daripada matlamat asal sebaliknya digunakan untuk mengaut keuntungan manakala hak pengguna Islam dikhianati," katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan disuarakan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) berhubung pelantikan Jakim sebagai badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari 2011, yang didakwa menjejaskan industri makanan dan perkilangan.
Timbalan Presiden persatuan itu, Teh Kee Sin juga mahu kerajaan mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sebagai sumber alternatif dalam pengeluaran sijil halal.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, Jakim dan Main adalah badan yang tidak mempunyai kepentingan menjana keuntungan sebaliknya berperanan sebagai organisasi yang melindungi hak terutama pengguna Islam di negara ini.
"Mulai tahun depan, pihak industri hanya perlu membayar yuran RM200 untuk memperoleh sijil halal yang mempunyai tempoh luput selama dua tahun, malah mereka juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan memproses produk yang dihantar ke makmal.
"Sebab itu apabila sijil halal dikeluarkan pihak swasta, ada antara produk yang mendapat sijil halal dan apabila diuji semula mempunyai sumber tidak halal termasuk DNA gelatin babi dan ia disifatkan satu pengkhianatan kepada pengguna Islam yang mungkin sudah termakan produk terbabit," katanya.